Assalamualaikum :)
Wah ! Betapa lamanya tak update blog . Masuk tahun baru dah . Byk perkara yang berlaku sepanjang tak update blog . Salah satunya, berhentinya saya di UiTM Kota Kinabalu . Kenapa? Sebab dapat tawaran SPA . Tawaran apa ? Belajar sambil kerja sebagai seorang JURURAWAT . Iya . Sangkaan saya sebelum2 ni utk tidak akan terlibat lagi dalam bidang perubatan meleset . Akhirnya saya akan mewarisi bapa saya dalam bidang kejururawatan . Memang tak sangka lah dapat benda ni, secara kebetulan pula Nadia pun dapat tawaran yang sama dan penempatan kolej . Siapa Nadia ? Kawan lah . Dia adalah coursemate, classmate juga dan kawan semasa UiTM hinggalah sekarang :3 Suka bidang ni? Tidak juga lah . 45% lah suka . Huhuhu . Suka dgn xsuka tu belakang cerita . Dah rezeki . Tapi disebalik semua ni, byk yang aku perlu korbankan . Contohnya? Pengajian di UiTM Kota Kinabalu . Post saya sebelum ini mengenai classmate saya pindah dan berhenti UiTM, tak sangka pula saya pun ikut jejak dorang . 4 semester saya berada di UiTM, sapa tak sedih oi? Hampir dua tahun di sana . Byk kenangan . :'( Selain tu, berjauhan dari mereka2 yang sentiasa ceriakan hidup saya sepanjang di UiTM . Mereka yang sentiasa kecoh tiap kali pergi kelas atau jalan (jgn mrh, kamu COMEL ! hee :* ) , mereka yang suka karaoke di cafe cluster B, dan mereka yang suka ketawa :') . Ketawa dengan dorang lah paling best sebab happening, org yg sedih pun senang hati dengar. Tak boleh puji lebih ni, nnt dorang kembang hidung . hahaha . Main2 ja, jgn marah :D Byk kenangan, manis ada, pahit ada, masin ada, masam pun ada . Semua lah ada bah .
Saya dapat Diploma Kejururawatan dan penempatan kolej di..............******** (rahsia, hhaha) . Dari Beaufort --> Kota Kinabalu : 100km, Kota Kinabalu ---> ******** : 600 lebih km (anggaran lah) . Sana lah tu ******** . Di ******** ini lah, saya mungkin akan menghabiskan 3 tahun belajar dan kerja . 2 Januari 2014 bermulalah hidup saya sebagai pelatih jururawat. Memang susah, jauh dari keluarga, berada di tempat yang pertama kali jejak, susah, sangat susah . Paling m'nakutkan bila fikir yg saya t'pksa belajar SAINS balik . Itu lagi lah sakit . Belum lagi yang m'yeramkan . Yg m'yeramkan, saya mesti kerja di hospital selama 3 minggu . Ini bukan main2, ini betul2 . Sehari sebelum mula kerja tu, byk yg saya fikirkan. Mcm2 timbul pertanyaan . "Okay kah saya kerja nanti?" Bolehkah saya buat prosedur dgn betul ni" "Mcmana kalau saya kena marah ja?" Dan p'tanyaan paling bikin risau. "Mcmana kalau apa yang saya buat akan m'mudaratkan nyawa pesakit?" . Semua tu timbul . Saya m'nangis sebab takut . Sangat takut . Tapi bila saya fikir saya buat ni demi keluarga, Allah telah beri rezeki kepada saya jadi saya tahu saya perlu kuat hadapi semua ni. Ini yang saya pilih, tiada kerja yang senang, ini rezeki Allah berikan dan saya patut terima dgn seadanya. Lagipun, saya dapat berkenalan dengan kwn baru . Siapa mereka? Biarlah gambar yang melakukan kerjanya . Apapun, Syukur Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik .Lepas kerja itu, saya hadapi p'periksaan akhir semester kolej itu untuk pertama kalinya . Semasa p'periksaan itu, ada paper yang susah dan ada yang separuh susah . Tiada istilah senang . Bagi saya, semua susah. -__- Setelah habis exam, kami tunggu hari keluarnya result exam . Iya, peraturan sana, result dulu baru boleh cuti semester. Kalau ada paper repeat, lambat balik. B'gegar lutut fikir tu sebab tak mahu balik lambat . Tiba hari result keluar, berdebar2 jantung . Kalau boleh t'keluar jantung tu, t'keluar sudah kali sebab t'lampau laju b'degup. Bila tiba group kami mahu diumumkan berapa peratus kelulusan, nangis dah . "Group Januari 2014, pelatih semester 1....... Satu...............(bila pengajar cakap satu tu, saya ingat ada seorang repeat paper, punyalah saya nangis time tu tapi sekalinya...................................................) Satu ratus peratus kelulusan !!" Ya Allah . Nangis b'habis bah . Iyalah segala usaha yg dibuat berbaloi juga akhirnya . Okay , pendek cerita, saya boleh balik rumah tepat pada tarikhnya . hehe ;) Tak sangka sebenarnya, pejam celik, pejam, celik, satu semester sudah berlalu . Tak lama lagi saya akan melangkah ke semester 2 .Semoga Allah permudahkan :) Amin Yarobbal Alamin .
Panjang pula cerita saya ni kan. Maaf . Melepas berhabis . Mana tahu lepas ni tak dapt lagi update sampai berbulan2 lamanya . Wiiii~ Apapun, itu sahaja lah rasanya. Terima kasih sebab sanggup baca . heee :) SENYUM, tak perlu kata apa2 . Bubye ! Assalamualaikum :)
NOW LET'S THE PICTURES TALK :)
UiTM
COURSEMATE, CLASSMATE, FRIENDS :)
Some of the boys and girls that are the same class with me
My classmate and lecturer in UiTM
My roomates in semester 2 till 3 and also my precious friends :)
 |
Ini lah mereka2 itu . |
 |
Ini adalah mereka ! GBB ! :) |
 |
One of my fav pictures . 11/12/13 |
OLD FRIEND AND NEW FRIENDS ! :)
With Nadia ! My precious friend from UiTM and now my classmate and friend in college ********
 |
My new friend, Kerry . Love frog . Seriously, she love it . |
 |
My new friend, Reena . Really a sweet girl and clever too. |
 |
My new friend, Asmah . The youngest among us . Ask her about korea idol groups and she know it . |
 |
US :) |
 |
US :) |
 |
US :) |
Dianie Si Fanatik Colour Orange